Monday, 22 October 2012

Saya Kecewa! :'(

Assalamualaikum W.B.T...


kecewa? ya, sy sgt kecewa hari ni.. bukan kecewa sebab putus cinta tapi kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat kita.. *sigh* nak tahu kenapa?? teruskan membaca..

al-kisah~

Siti (bukan nama sebenar) terlibat dalam kemalangan kecil. Keretanya melanggar penghadang jalan, tersangkut di sana dan x boleh reverse. So, keretanya tersadai la di tepi jalan. Dalam cuaca hujan, Siti bersama dua org rakan lelaki dan seorang rakan perempuan cuba untuk menolak kereta itu. Nasib baik kejadian berlaku di kawasan jalan raya besar jadi agak banyak kereta yang lalu lalang. Tetapi amat menyedihkan apabila mereka yang lalu di kawasan itu hanya melihat apa yang berlaku tanpa ada perasaan belas kasihan sedikit pun untuk berhenti dan tolong. Malah, ada yang senyum melihat Siti dan rakan2 terpinga-pinga di sebelah kereta tersebut. Sementara dua orang rakan lelaki Siti cuba mengeluarkan kereta yang tersangkut, Siti bersama rakan perempuannya melambai2 pada orang yang lalu di kawasan tersebut. Aduh! sedihnya hati Siti pabila mereka hanya melihat dan berlalu pergi. Selepas beberapa minit tersadai di sana, mujur ada insan2 yang baik hati dan berhenti menolong. Alhamdulillah~ Kereta berjaya dikeluarkan dan semuanya selamat.

tamat~ (berdasarkan kisah sebenar)

Apa yg ingin sy highlight dalam cerita tersebut ialah sikap sesetengah masyarakat kita yg lansung x prihatin. x mempunyai perasaan belas kasihan lansung! kecewa *sobs2* dengan ini, sy berazam utk TIDAK menjadi seperti mereka. Insya-Allah~ Tidak rugi berlaku baik, kan?? Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah Siti. :)

p/s: Berhati2 di jalan raya, ingatlah org tersayang. 

6 orang bagi pendapat:

ayut said...

manusia kan... :) jgn kite jd mcm dyorg itu yg sptt yer..

CikNana said...

sabar je la..:)btl ckp ayut.

Khalilah MNor said...

Sebenarnye lebih selfish! Tapi, tak la semua mcm tu... nisbah 1:100 kot je yg oke :)

I am Me said...

betul tu ayut. xnak jadi mcm tu.. insya-Allah~ :D

I am Me said...

thanks cik nana~ :)

I am Me said...

yup, btul tu. sgt selfish! :/ hrp2 kte x tgolong dlm org2 yg mcm tu lah yer.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com