Assalamualaikum W.B.T..
yeah, sy berjaya melawan kemalasan n update blog lagi.. haha :D
hari nie sy ingin berkongsi tentang satu komik yg sy baca dalam ASUH.. komik nie bertajuk 'BAIK YANG SIA-SIA' dan ditulis oleh Pak Cik Bad yg bukan pakcik sy. hayati dan ambil pengajarannya ok?
ni la buku tu! :D |
kisahnya begini (sy edit sendiri)...
Faizal merupakan seorang jejaka yang tampan rupanya, bijak, macho, rajin dan baik hati. Dia terkenal dengan sikapnya yang suka menolong orang. Asal orang meminta pertolongan, Faizal merupakan org yg pertama sekali menghulurkan bantuan. TAPI, semua perbuatan baik Faizal itu hanya sia-sia. Malah, dia telah menjadi budak kesayangan bagi sang syaitan dan iblis! Kenapa?? Jom kita kaji kes 'kebaikan' Faizal ni..
KES 1:
MINAH&BEDAH: Itukan Faizal, rakan sekelas kita. Assalamualaikum Fai...
FAIZAL: Hai, aku hendak ke surau ni. Nak baca al-quran dan solat asar berjemaah.
MINAH&BEDAH: aik, belum tanya dah jawab?
(dalam fikiran Faizal) ---> hehe, esok mesti mereka heboh kat kelas pasal aku rajin ke surau utk beribadah.
Namun, sesampainya di surau...
FAIZAL: Alamak! Belum ada org yg datang ke surau? Macam mana aku nak tunjuk yg aku ni rajin beribadah? Cis! Ni yg aku malas kalau pergi awal sangat. Balik je lah!
Haaa! nampak x permainan si Faizal di situ? xpuas hati? jom terjah kes kedua pulak!
KES 2:
IBU: Faizal, mari tolong ibu sekejap!
(dalam fikiran Faizal) ---> alaa, malaslah.
IBU: Faizal, tolong ibu buang sampah kejap. Mak long kamu datang tu.
(dalam fikiran Faizal) ---> Alamak! Mak Long datang. Mesti tunjuk rajin depan Mak Long.
(lalu Faizal dengan sepantas kilat bangun dan pergi menolong ibunya membuang sampah)
FAIZAL: Tumpang lalu ya Mak Long. Faizal nak tolong ibu buang sampah ni.
Apa?? masih x faham2 lagi?? ok,siasat kes ketiga pula!
KES 3:
KETUA KELAS: Assalamualaikum, hari ni sy nak buat kutipan derma amal utk hari usahawan sekolah kita. Siapa yg nak derma? Mari.. Mari..
(dalam fikiran Faizal) ---> Ish! Ketua kelas ni buat hal pula. Duit belanja cuma ada RM10, kalau derma, tak makan lah aku.
KETUA KELAS: Haaa, Faizal! Kau mesti nak derma kan? Kau kan suka buat baik!
FAIZAL: Mestilah! Tapi aku beri sikit dulu lah, sebab hari ni aku tak bawak duit banyak. Nanti aku beri lagi tau. (sambil menunjuk-nunjukkan duit kertas bernilai RM10)
Haaa~ faham pun permainan si Faizal tu kan?
Kasihan Faizal, penat-penat buat baik tapi sayang, semua kebaikannya tidak memperoleh ganjaran pahala sebab dia buat kerana mahukan sanjungan dan bukannya ikhlas kerana Allah S.W.T.
Jadi, rakan2 sekalian, marilah kita mengambil masa sejenak untuk muhasabah diri. Perbetulkan niat dan ikhlaskan hati. Beribadah la semata-mata kerana Allah S.W.T.
n from my own opinion, kalau nak buat baik ni sebenarnya tak perlu nak bagitahu org. sy agak kurang senang atas sikap sesetengah org yang suka 'tunjuk baik'.
Bukankah ibadah yg dilakukan dalam senyap itu lebih elok??
so, jom kita sama2 ambil pengajaran drpd kisah ni. pesanan buat diri juga~ :')
p/s: nama-nama tersebut hanya rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah mati.
4 orang bagi pendapat:
HA,AH LA KAN..KALAU BUAT BAIK SEMATA2 NAK TUNJUK DEKAT ORG BUAT APA..KESIAN FAIZAL..^_^
Singgah, baca entri & follow.. #156
salam ukhwah..
haiyaa ini namanya mcm riak jer menunjuk2..hee..dulu kecik2 suka baca majalah asuh tu..hee
Jom singgh kalau sudi:
http://chot91.blogspot.com/2012/11/date-our-first-meet.html
yup!^_^
Post a Comment