:') |
"Sudah memberi maaf, tetapi masih dikecewakan oleh kesilapan yg berulang? Pedulikan! Anda tetap perlu memaafkan walau tika itu hati sudah tidak mampu memberi peluang kerana memaafkan adalah satu kewajipan,bukan satu pilihan!.. Mohon kepada-Nya agar diberikan kekuatan utk memohon maaf dan memberi maaf." - via mak.
Minda kita bukanlah seperti memori komputer yg boleh ubah dan boleh padam. Semua kepahitan, kepedihan, dan kesakitan biasanya akan kekal di situ walau kita x menginginkannya.. cara terbaik ialah memaafkan dengan setulus hati.
"Sebaik-baik hari adalah hari yg membuatkan kita menjadi semakin pemaaf, yg memberi kita ilmu baru, yg mencegah kita drpd melakukan dosa, yg membuat kita menjadi semakin bijaksana dan yg memberikan kita semangat serta tekad di dalam jiwa kita." -Dr Abdullah A’idh al-Qarni, Pakar Psikologi.
Kesimpulannya, terzahirlah rupa paras yg bersih, hati yg tenang, perasaaan yg lega dan semangat kerja yg menjulang. Insya-ALLAH~
p/s: maaf.
0 orang bagi pendapat:
Post a Comment