Assalamualaikum W.B.T..
Al-Kisah~
Ada sorang budak ni nama dia Farid. Farid ni umur dia baru 9 tahun tapi dia dah jadi anak yatim piatu sebab mak bapak dia meninggal dlm nahas jalan raya. Farid ada sorg adik perempuan kandung bernama Aina. Farid sayanggg sgt kat Aina sbb dia satu-satunya keluarga kandung Farid yg tinggal.
Lepas mak bapak Farid meninggal, Farid dan adiknya tinggal dengan neneknya yg dah tua. Disebabkan neneknya dah tua sgt (uzur), nenek Farid pun dah tak dapat nak jaga Farid sgt. Jadi sebagai anak sulung, Farid lah yg kena jaga adiknya yg baru berumur 6 tahun tu.
Nenek Farid dah tak larat nak memasak selalu, jadi kadang2 Farid dan adiknya tak dapat makan. Disebabkan kasih seorang abang yang tak sampai hati tengok adik dia kelaparan, Farid pun ambil keputusan untuk mencuri makanan dekat warung kat kampung dia tu.
Nak dipendekkan cerita, perbuatan Farid tu diketahui oleh ketua kampung. Disebabkan Farid masih budak jadi ketua kampung tu nasihat je lah Farid tu.
Ketua Kampung : Farid, kenapa kamu mencuri? Kamu tau kan mencuri tu salah? Dalam Islam tak pernah ajar kita mencuri .
Farid: Saya tahu . Tapi saya ambil sikit saja. Saya nak bagi Aina makan, kesian dia lapar. Saya tak sampai hati biar dia lapar. Saya ambil makanan ni pun untuk dia saja, saya tak makan.
Ketua Kampung: Tapi Farid, dalam Islam kan ajar kita bahawa niat tak menghalalkan cara.
Farid: ???
Farid masih budak jadi dia mungkin tak faham apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan niat tidak menghalalkan cara. Contoh mudah nak bagi Farid faham ialah dgn guna cerita Robin Hood. Mesti semua kenal Robin Hood kan ? Femes tuh!
Robin Hood ni pergi curi duit utk agihkan kat org miskin. Memanglah niat dia baik, nak tolong org miskin yg ditindas. Tapi, cara dia tu salah kan? Walau apa pun tujuan atau niat Robin Hood tu, cara dia tetap salah sebab dia mencuri. Jadi, untuk melaksanakan niat yang murni tu, kenalah guna cara yang betul dan dibenarkan.
Kesimpulannya, tu la yg dimaksudkan dengan niat tak menghalalkan cara. Wallahua'lam. :)
0 orang bagi pendapat:
Post a Comment