ada apa dgn sakit? :3 |
tyme dia sakit tu, sy punyalah penyibuk, siap calling2 lg. mesti dia rasa terganggu kan? mohon kemaafan tp ketahuilah kwn bahawa niatku hanya utk mengetahui keadaan mu saat itu n ingatkan utk solat jg. :) kewajipan ttp perlu ditunaikan. maaf kalau diri ini hnya mengganggu or annoying. huhu.
Tujuan utama entry kali ini adalah utk berkongsi sesuatu iaitu tentang HIKMAH SAKIT;
1. Sakit merupakan masa untuk berehat.
- sbb time sakit ni la kita dpt mc. kita boleh guna kesempatan ni utk beri peluang pada tubuh berehat drpd melakukan kerja2 mcm robot. -.-
2. Sakit mendidik kita.
- waktu kita sakit, kita akan sedar betapa berharganya nilai kesihatan itu. kalau sakit ringan2 xpa la, tapi kalau sakit teruk sehingga xda penawar, tu yg parah, jd fikir2 kan la. mencegah lebih baik dari mengubati, kan? time sakit jg lah ada org yg akan care n jaga kita, oleh itu, nnti bila org lain pla yg sakit, kita tahu apa yg perlu dibuat.
3. Sakit merupakan peringatan dari Allah S.W.T.
- hidup di dunia ni, jgn terlalu sombong. jangan terlalu megah dan merasa diri berkuasa kerana sesungguhnya Allah lebih berkuasa. bila-bila masa Dia boleh beri pengajaran kpd kita. maka, renung2kanlah.
banyak lagi hikmah sakit yg lain, kalau berminat, mohon google.
btw, ketahuilah bahawa ujian sakit yg diturunkan Allah itu menunjukkan Dia syg terhadap kita.. sebab...
masa kita sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat.
- malaikat pertama akan mengambil selera makan kita.
- malaikat kedua akan mengambil rezeki.
- malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
- malaikat keempat akan mengambil dosa.
apabila tiba waktu utk kita sihat semula, Allah akan perintahkan malaikat 1, 2, dan 3 utk memberi semula apa yg telah diambil mereka. tapi, Allah x suruh malaikat 4 utk memberi semula dosa yg telah diambil.
Subhanallah! betapa sayangnya Allah kpd kita. sedarlah~ :')
seperti mana yg terdapat dlm hadis berikut;
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Wallahualam.
p/s: semoga Allah mencabut kesakitan drpd diri kamu bersama gugurnya dosa-dosa yg lalu. semoga cepat sembuh! :')
0 orang bagi pendapat:
Post a Comment